Tuesday, May 11, 2010

definisi diorama


Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

langkah bagi menghasilkan diorama

> Membuat lakaran idea di atas kertas lain.

> Mencari dan menggunting kotak kasut dan gambar yang bersesuaian untuk diorama yang akan dihasilkan.

> Tampal gambar di kotak kasut sebagai latar belakang.

> Membentuk plastisin untuk menggambar keadaan fizikal zaman itu.

> Seterusnya, gunakan kreativiti untuk menyusun kedudukan dinasour dan hiasan lain seperti pokok bagi menggambarkan situasi ketika zaman tersebut.

> Gunakan juga batu-batu kecil dan rumput kering untuk membentuk keadaan muka bumi semasa itu.

cara menghasilkan diorama

> Memilih tema yang berkaitan. Contohnya tentang kepupusan dinasour.

> Memikirkan bahan dan langkah menghasilkannya.

> Memulakan projek mengikut idea yang dipilih.

> Mempersembahkan produk akhir.